Video kanak2 duet lagu ‘Teman’ dengan Iman Troye raih perhatian warganet


 Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi baharu, Iman Troye dimana dia antara selebriti wanita yang semakin menjadi perhatian warganet dilaman sosial selepas lagunya berjudul Teman dilancarkan di Youtube sejak Oktober lalu.

Sekali gus mengundang orang ramai semakin juga meminati suaranya yang diakui peminat sangat merdu apabila video muzik rasmi lagu Teman juga sudah meraih jutaan views dilaman Youtube.

Walau bagaimanapun, lagu ini turut menjadi antara pilihan warganet untuk menghasilkan video duet menerusi aplikasi popular, Tiktok.

Antaranya satu video nyanyian daripada seorang kanak-kanak lelaki ini yang turut mendapat perhatian Iman Troye sendiri apabila dia menerusi laman sosial Instagram peribadinya memuat naik video duet itu kepada peminat dan pengikut.

Ujarnya juga bahawa itu merupakan antara video duet yang disukai olehnya dan video duet dia bersama kanak-kanak lelaki itu dikatakan sangat comel.

“Okay! So far ni duet yang paling Iman suka! Comel gila, untuk korang yang belum duet, go duet dekat Tiktok Iman sekarang. Iman tunggu okay,” ujarnya diruangan kapsyen.

Diruangan komen pula, reaksi comel dibanjiri buat video duet Iman Troye bersama kanak-kanak lelaki itu sehingga ia berjaya juga meraih ribuan tontonan dalam tempoh yang singkat sahaja.

Reaksi peminat diruangan komen

Screenshot_23 Iman Troye duet Iman Troye duet Screenshot_26 Screenshot_27


Comments