Video ‘Tiktok’ tarian Lisa Blackpink viral, Ruhainies & Cik B raih pujian warganet


 Kini nampaknya, pelbagai tarian yang viral lalu membuatkan pengguna aplikasi Tiktok untuk mencubanya dengan merakam kemudian memuat naiknya kepada umum. Antara tarian yang kini semakin mendapat perhatian iaitu dicetuskan oleh ahli kumpulan Korea terkenal, Lisa Blackpink.

Penyanyi lagu How You Like That itu difahamkan menari tarian tersebut apabila membuat kemunculan menerusi satu rancangan popular lalu tidak disangka-sangka tarian kali kedua daripada Lisa menjadi viral dan ikutan.

Video Tiktok Ruhainies dan Cik B raih perhatian

Dilihat tidak sendiri malah tarian Crab Dance daripada Lisa Blackpink itu dilakukan bersama anak usahawan popular iaitu Cik B. Perkongsian semula dilaman Instagram Hot FM bagaimanapun meraih perhatian pengguna Instagram.

Biarpun begitu, bukan mereka berdua sahaja yang menghasilkan video Tiktok Crab Dance malah Ruhainies menerusi Instagram peribadinya turut berkongsikan satu rakaman video dia melakukan tarian itu bersama pelakon-pelakon lain.

Menjenguk ruangan komen, rata-rata memuji video Tiktok Ruhainies bersama Cik B itu yang dikatakan gelagat mereka sangat comel selain video tersebut mendapat ribuan tontonan.

“Hahaha cute”

Ruhainies Tiktok Ruhainies Tiktok

“Comel…”

Ruhainies Tiktok Screenshot_270 Screenshot_271


Comments