Dakwaan tidak turun padang kerana takut, ini jawapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri @DGHisham
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) November 11, 2020
"KKM membuat perancangan khusus lebih awal untuk Sabah.
"Sebagai orang Islam, kematian boleh berlaku dimana saja dan bila-bila masa saja."#KitaJagaKita #KitaTeguhKitaMenang pic.twitter.com/ayUdbGTYn0
Tampil pertahankan Dr Noor HishamSaya menyeru kpd semua frontliners pastikan kita pasangkan niat, nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT. Semoga dipermudahkan, kita berusaha & bertawakkal kpd Allah. Ajal maut kita Allah yg tentukan.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 11, 2020
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
“Sebelum ini Ketua Pengarah juga dikuarantin kerana merupakan kontak rapat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.”
“Namun Dr Noor Hisham tetap bekerja dari rumah serta menghadiri mesyuarat dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara dalam talian melalui panggilan video,” Katanya.
‘Perang’ kena ada strategi & data
Beliau juga menjelaskan bahawa pihak KKM mempunyai strategi dan data yang lengkap dalam menghadapi musuh yang tidak nampak ini. Jadi, untuk menang mereka perlu bersedia dalam segala segi.
“Kita perlu ada strategi dan data yang lengkap untuk serang musuh tidak nampak ini jika mahu menang dalam peperangan dan bukan sekadar turun berperang tanpa persediaan.” Tambahnya.
Masing2 pergi Sabah secara bergilir mengikut jadual
Dr Rohaizat juga menegaskan tidak timbul isu ‘takut mati’ seperti yang dinyatakan kerana Dr Noor Hisham sendiri sudah pergi ke Sabah membuat tinjauan sekitar Ogos lalu dan mengikut jadual seperti yang digilirkan oleh pihak KKM sendiri.
Pd akhir bulan Ogos 2020 saya berada di Sabah. Saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan makmal (MKAKK) yg telah dipertingkatkan keupayaan melaksanakan RT-PCR kpd 2,500 ujian seharian. Saya sempat melibat urus dgn warga KKM di lapangan memdengar segala isu & cabaran terkini pic.twitter.com/vKP37N50j3
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 14, 2020
Untuk makluman, Dr Rohaizat yang sudah pun bersara wajib pada Jun 2020 telah kembali ke ‘medan perang’ bagi membantu negara menangani gelombang ketiga pandemik Covid-19. Beliau kembali berada disisi Dr Noor Hisham pada Ogos 2020 selepas 2 bulan mengakhiri perkhidmatannya di KKM.Timbalan saya Datuk Dr Chong Chee Keong turut turun padang melihat sendiri perkhidmatan kesihatan awam baru-baru ini. Beliau masih menjalani kuarantin 14 hari sejurus kembali dari negeri Sabah. Marilah bersama kita memutuskan jangkitan Covid-19 dlm negara. https://t.co/XRyHqCVyLH
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 14, 2020




Comments
Post a Comment