Rata-rata memuji comeback pengacara penuh pengalaman, Azwan Ali mengacara program terbaru TV3, Lagu Cinta Kita 2 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Imej baharu Azwan Ali dalam program tersebut dipuji kerana lebih profesional dan berbeza daripada imej ‘Diva AA’ yang dibawanya sebelum ini.
Disebabkan viral penampilan terbaru Azwan Ali ini, ia turut mendapat perhatian Nabil Ahmad, pengacara untuk sebuah lagi program live yang bersiaran pada hari dan waktu yang sama.
Dalam program tersebut, gurauan Nabil itu dikatakan tasteless atau tidak patut oleh netizen. Nabil sepatutnya tidak membuat gurauan seperti itu kerana pengalaman Azwan Ali dalam bidang seni adalah berpuluh tahun lebih senior berbanding Nabil.
Bongkak betul statement Nabil mengata Diva AA sebab buat comeback semula jadi pengacara dekat program TV3. Dia dah lama tak pegang mikrofon pun, tetap pengacaraan dia dulu jauh 10 kali ganda lagi bagus dan tak sebodoh Nabil. Sudahlah bodoh, bongkak pula.pic.twitter.com/i2MFy7wzBs
— Alan Al Padat (@IniAlannn) November 15, 2020
Netizen juga berkata ia bukan pertama kali Nabil membuat gurauan tidak profesional. Setiap gurauan tersebut biasanya berakhir dengan permohonan maaf oleh Nabil secara terbuka.
Peminat turut menasihati Nabil supaya lebih berhati-hati dalam berkata-kata dan tidak semua perkara boleh dibawa bergurau lebih-lebih lagi Azwan Ali merupakan individu yang lebih berpengalaman berbanding beliau.

Comments
Post a Comment