Setiap orang pasti akan menghadapi pada hari kematian. Sama ada sempat menua atau tidak, kematian itu akan pasti akan tiba. Amalan menziarahi jenazah dan keluarga si mati juga adalah satu tindakan yang mulia di sisi Islam.
Hal ini kerana ia mampu mengubati hati keluarga si mati yang sedang bersedih. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa adab yang perlu diikuti ketika mengunjungi jenazah. Antaranya adalah dengan memberi ucapan takziah dan tidak bercakap tentang keburukan si mati.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu @nqmnfkrii_, terdapat beberapa orang yang dilihat sedang menziarahi jenazah. Melalui rakaman itu, mereka sedang mengelilingi jenazah berkenaan untuk melihatnya buat kali yang terakhir.
Sebab tu la bila ziarah mayat kena silent phone 😭😂 pic.twitter.com/i046Ohr53t
— ɴᴜǫᴍᴀɴ (@nqmnfkrii_) November 12, 2020
amun begitu, lain pula yang jadi apabila terdapat sebuah telefon bimbit yang berdering sambil mengeluarkan lagu Tiktok trend terkini sehingga menyebabkan jenazah tersebut terjaga dari pembaringannya. Lebih melucukan apabila ia sempat menoleh ke arah seorang remaja.
Ternyata, situasi itu telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat mereka di samping terdapat segelintir warganet yang turut tidak ketinggalan meninggalkan komen melucukan di ruangan akaun terbabit.
Video yang berdurasi selama 27 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 51.2 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

Comments
Post a Comment