Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyanyi baharu, Iman Troye dimana namanya semakin meningkat naik selepas lagunya berjudul Teman menerima reaksi positif warganet yang ‘jatuh hati’ dengan nyanyiannya itu.
Sehingga juga muzik video lagu Teman sudahpun mencapai jutaan tontonan sejak dikongsikan Oktober lalu sekali gus membuatkan lagu tersebut menjadi bualan hangat peminat muzik tempatan.
Biarpun begitu, apa yang membuatkan nama penyanyi ini menjadi perhatian lagi dilaman sosial Instagram peribadinya apabila peminat dapat mendengar Iman Troye membuat cover sebuah lagu yang berjudul Kau Lah Segalanya.
Ujarnya diruangan kapsyen bahawa dia sudah lama tidak membuat cover dan dia berkongsikan video nyanyian cover Kau Lah Segalanya itu kepada umum dan mengharapkan agar peminat dan pengikut nikmati.
“Kau Lah Segalanya, dah lama kita tak buat cover, so nah! Malam ni kita sendu sikit okay. Hope you guys enjoy. Me love you, (pls ignore my face)” tulisnya diruangan kapsyen.
Menerusi posting bagaimanapun, suara Iman Troye sekali lagi mendapat pujian warganet apabila rata-rata suka mendengar nyanyian daripada dirinya lalu perkongsian video tersebut juga mendapat ribuan tontonan.
Tidak kurang juga, video cover lagu daripada Iman Troye menerima pelbagai reaksi diruangan komen dan meraih lebih 30,000 tanda suka.
Reaksi peminat diruangan komen


Comments
Post a Comment