Gegar Vaganza 2020 GV musim 7

 

Program realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh (7) pada tahun 2020 menyaksikan seramai 14 penyanyi senior akan berentap bagi merebut hadiah lumayan pertandingan dengan mengekalkan penyertaan penyanyi berkumpulan

Gegar Vaganza 2020 tajaan Farm Fresh manakala Cuckoo, Digi serta Adabi sebagai penaja bersama masih menggunakan format seperti sebelumnya selain masih menggunakan khidmat juri profesional untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan tema mingguan yang telah ditugaskan kepada peserta

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, sumbangan wang tunai bernilai RM10 ribu akan turut diberikan kepada penerima terpilih menerusi segmen Kongsi Rezeki bermula pada konsert GV7 minggu kedua hingga minggu kesepuluh

Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap disamping Datuk Khadijah Ibrahim. Manakala setiap minggu akan menampilkan seorang juri jemputan yang diundang khas

Gegar Vaganza 7 (GV7) masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara dengan rancangan bakal bersiaran secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan

Justeru, peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya




   Minggu 6   Minggu 7   Minggu 8
Minggu 12   Minggu 13  















Comments