Apple Dijangka Guna Bateri Yang Lebih Kecil Pada iPhone 13

 


Baru sahaja siri Apple iPhone 12 dilancarkan secara rasmi, nampaknya ura-ura bagi iPhone 13 sudah pun tiba. Menerusi laporan daripada Ming-Chi Kuo selaku penganalisa yang kerap mengeluarkan berita mengenai iPhone memaklumkan iPhone 13 dijangka bakal disertakan dengan bateri yang lebih kecil.

Difahamkan Apple bakal menggunakan teknologi terbaru pada tahun hadapan yang membuatkan saiz bateri iPhone lebih kecil berbanding model terkini. Rekaan bateri yang lebih nipis menjanjikan iPhone yang lebih slim buat para pengguna.


Comments