Tonton Drama7 Hari Mencintaiku 2 Episod 1 Hingga 33 ( Akhir ) | Salam semua, akhirnya tamat sudah drama yang selalu disebut - sebut. Mana taknya, newsfeed sis kat facebook asyik keluar status drama ini jer. Dah tahu sangat mesti ramai peminat kan. Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini merupakan kesinambungan kepada drama 7 Hari Mencintaiku yang telah ditayangkan pada tahun 2016.
Hebat tak hebatnya drama 7 hari Mencintaiku 2 ini, drama ini telah memberikan impak yang besar terutama dari segi emosi kepada penonton. Sis dah nampak sangat kalau status kat facebook tu berbaur macam - macam emosi. Sama jugak dengan musim pertama dulu. Kuat betul pengaruh drama ini.
Dari episod 1 hingga episod 33 yang akhir, drama ini telah berjaya meraih hingga 12 juta tontonan. Bila dah mula trending di media sosial seperti twitter dan youtube. Lagi orang nak tonton drama ini hingga episod akhir.
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Bagi yang masih tidak menonton drama ini, jom kita baca dulu apa sinopsis drama ini sebenarnya. Ya lah, kalau nak tonton drama pun sis memang kena ambil tahu jugak apa sinopsis drama ni.
Walaupun ada watak yang dah bertukar tapi jalan cerita untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini tetap memberi kepuasan kepada penonton.
Mia Adrina yang dilakonkan oleh Siti Saleha dan suaminya Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya. Pasangan suami isteri ini melayari rumah tangga yang bahagia setelah berumah tangga. Ditambah pula dengan cahaya mata yang kedua.
Rumah tangga mereka diuji apabila Puan Hayati yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid dan adiknya Dato Johari yang dilakonkan oleh Shaharuddin Thamby kembali dengan dendam mereka.
Mia pula telah hilang hormat dengan Pak Samad yang dilakonkan oleh Kazar Saisi, Mak Leha yang dilakonkan oleh Liza Abdullah telah mula membenci Mia.
Baca : Gambar Majlis Akad Nikah Mira Filzah Dan Wan Emir
Pelbagai masalah mula timbul dalam keluarga Pak Samad. Dalam tengah kemelut yang melanda, hadirnya Nurul Ain yang dilakonkan oleh Wafariena Roslan. Mak Leha memang berkenankan sangat dengan Nurul. Helmi pula cuba menyedarkan ibunya tentang agenda tersembunyi Nurul Ain.
Lupa pula, yang watak Nadia putus tunang dengan Dr Zaidi. Helmi pula bercerai dengan Sofi. Khuzairi pula rasa tercabar dengan kemelut rumah tangganya lagi.
Di bawah ini adalah senarai pelakon untuk watak utama dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Pelbagai masalah mula timbul dalam keluarga Pak Samad. Dalam tengah kemelut yang melanda, hadirnya Nurul Ain yang dilakonkan oleh Wafariena Roslan. Mak Leha memang berkenankan sangat dengan Nurul. Helmi pula cuba menyedarkan ibunya tentang agenda tersembunyi Nurul Ain.
Lupa pula, yang watak Nadia putus tunang dengan Dr Zaidi. Helmi pula bercerai dengan Sofi. Khuzairi pula rasa tercabar dengan kemelut rumah tangganya lagi.
Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2
Pelakon Utama
Di bawah ini adalah senarai pelakon untuk watak utama dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
- Siti Saleha sebagai Mia Adrina
- Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
- Wan Sharmila sebagai Sofi Amylia
- Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
- Jaja lliyes sebagai Nadia
- Bil Azali sebagai Zaidi
- Liza Abdullah sebagai Mak Leha
- Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Pelakon Pembantu
Manakala untuk pelakon pembantu bagi drama ini adalah :
- Jasmin Hamid - Puan Hayati
- Wafariena Roslan - Nurul Ain
- Faye Kusairi - Syakila
- Shaharuddin Thamby - Dato' Johari
- Idris Md Diah - Pak Andak
- Anne Abdullah - Mak Andak
- Dhia Irdina - Alisa Ariana
- Puteri Rafasya - Harlina
- Sean Lee - Adam
- Syaffiq Sahli - Jali
- Razzuan Rosli - Fariz
- Shamielya - Azura
- Shahidan Izwan - Sharif
- Amelia Christie Lim - Rafidah
- Fadilah Mansor - Emak Nurul Ain
Tak kurang hebat pelakon - pelakon semua kan.

Comments
Post a Comment