Siapa menyangka, cabaran yang dihasilkan oleh pelakon drama trending Kampung People iaitu Elly Mazlein telah tular sejak kebelakangan ini sekali gus mengundang gelak ramai dengan kelucuan pelakon dan pengacara terbabit.
Jika dalam drama Kampung People menunjukkan watak Mona yang dilakonkan oleh Elly Mazlein sudah mencetuskan fenomena baru ternyata di dunia realiti juga tidak henti-henti warganet terhibur dengan gelagat anak seni ini.
Mana tidaknya, dengan gelagat ‘gila-gila’ pelakon ini menambahkan orang ramai semakin menyenangi dan meminatinya. Biarpun begitu, setelah Yummy menyahut cabaran Elly Mazlein ternyata ada lagi keluarga Kampung People yang turut menyahutnya.
Siapa lagi kalau bukan mommy kepada pelakon Elly Mazlein yang membawa watak sebagai Dona menerusi drama Kampung People yang dilakonkan oleh Adibah Noor.
Meskipun watak baru dalam drama Kampung People iaitu sebagai mommy kepada Mona namun lakonan Adibah Noor tidak mengecewakan peminat sekali gus memeriahkan lagi suasana dalam keluarga terbabit.
Menerusi posting yang dikongsikan semula di Instagram Drama Sangat membuatkan peminat turut ingin anak kepada Mona pula iaitu Lailer yang dilakonkan oleh Riena Diana untuk menyahut cabaran Elly Mazlein iaitu #4Dara yang tular sejak beberapa hari ini.
Reaksi diruangan komen


Comments
Post a Comment